EN | ÖÐÎÄ | BM

About Us

Selamat Datang Ke Alunan Sena Sdn Bhd

Kami merupakan pengedar dan pemborong semua jenis serbuk kisaran ais, jus pekat, “PEARLS” -  bijian mutiara, puri, ais salju, snek, pelbagai sos, serbuk perasa dan sebagainya dari pengilang eksklusif tempatan kami yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam membuat produk-produk ini. Kami bangga dengan produk yang kami edar di mana produk kami sedang digunakan secara meluas oleh negara-negara di luar negara.

Kami mempunyai jabatan penyelidikan dan pembangunan ( R & D) untuk bekerja  dengan lebih prihatin terhadap  permintaan pelanggan kami untuk memenuhi keperluan atau perkhidmatan mereka ataupun  perkhidmatan OEM. Produk kami menggunakan jumlah aditif yang sangat rendah  di bawah had yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengiktirafan halal dari JAKIM. Selain itu, produk kami tidak mengandungi lebih daripada  50% gula dan tiada DEHP.

Syarikat kami menyediakan kemudahan peralatan yang lengkap  yang anda perlukan untuk memulakan  perniagaan dan menawarkan khidmat perundingan dan latihan percuma.

Keutamaan Kami:-

  • Sijil Halal JAKIM
  • Produk buatan Malaysia
  • Tiada DEHP
  • Tiada terdapat 50% gula tambahan
  • Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
  • Servis OEM




Tukar ke versi mobile